Pemakanan yang sihat dengan kuantiti kalori yang mencukupi adalah amat penting dalam aktiviti kecergasan yang melibatkan bina badan. Ramai yang masih keliru dalam corak pemakanan yang sesuai untuk bina badan. Mereka hanya menganggap dengan makan suplemen sahaja sudah mencukupi namun sebenarnya tidak
Amatlah penting untuk kita membuat jadual pemakanan yang berkesan jika kita ingin membina badan kita sendiri. Langkah ini adalah diperlukan dan penting supaya kita tidak terlebih mengambil kalori dalam tempoh sehari. Di bawah adalah contoh jadual diet harian pemakanan untuk bina badan.
Anda boleh meniru sahaja ataupun membuat jadual anda sendiri mengikut keperluan kalori anda. Katakanlah dalam sehari jika anda hanya mahu ambil 1700 kalori sahaja.
Pukul 8.00 pagi:
Roti putih 2 keping = 156 kalori
Telur goreng 2 biji = 220 kalori
Air Milo segelas = 178 kalori
Jumlah = 554 kalori
Pukul 10.00 pagi:
Jus oren = 112 kalori
Karipap sebiji = 130 kalori
Jumlah = 242 kalori
Pukul 12.30 tengah hari:
Air kosong segelas = 0 kalori
Nasi putih separuh = 130 kalori
Ayam gorang = 225 kalori
Sayur = 30 kalori
Buah betik sepotong = 45 kalori
Jumlah = 430 kalori
Pukul 5.00 petang:
Teh tarik segelas = 83 kalori
Cekodok pisang saiz sederhana = 180 kalori
Jumlah = 263 kalori
Pukul 9.00 malam:
Nasi putih separuh = 130 kalori
Ikan gorang seekor = 140 kalori
Air kosong = 0 kalori
Jumlah = 270 kalori
Jadi, jumlah keseluruhan untuk kalori yang anda telah ambil ketika ini ialah 1759 kalori. Nampaknya anda kelihatan seperti sudah terlebih daripada sasaran yang diingini iaitu 1700 kalori. Oleh itu, bagaimana langkah yang seterusnya pula? Itu mudah sahaja sebenarnya, kita memiliki dua pilihan:
Kurangkan pengambilan kalori dalam jadual pemakanan anda
Tambahkan aktiviti senaman untuk membakar jika terdapat kalori yang berlebihan.
Lebih baik jika anda pilih kaedah nombor dua. Maklumlah admin tahu ramai antara kita ini sememangnya suka makan. Anda boleh cuba untuk memperbanyakkan aktiviti berjalan kaki di ofis dan menggunakan tangga untuk naik ke tingkat atas daripada menggunakan lif.
Tambah berjalan kaki 5 minit = 22 kalori di bakar
Tambah naik tangga 5 minit = 53 kalori di bakar
Jumlah = 75 kalori di bakar
Maknanya, 1759 – 75 = 1684 kalori
Akhirnya, kini anda berjaya untuk mencapai 1684 kalori. Bermaksud anda sudah berjaya untuk mencapai sasaran yang diingini.
Mudah bukan? Nasihat admin adalah jangan sesekali lepaskan waktu makan kerana ia boleh menurunkan kadar metabolisme di dalam badan. Seelok-eloknya cubalah untuk makan 5-6 kali sehari. Minum air kosong pula sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ok? Bukan susah sebenarnya untuk mengambil pemakanan untuk bina badan, hanya perlu initiatif dan usaha yang lebih sahaja.





No comments:
Post a Comment